Seorang remaja lelaki bertindak memukul ibunya sendiri kerana berebut sebiji burger keju.

Noah Sullivan Lincoln, 19 telah memukul ibunya semasa makan malam di rumah mereka yang terletak di St. Petersburg, Florida.

Kejadian berlaku apabila ibunya, Cheryl Sullivan Lincoln, 57, enggan memberikan burger keju yang sedang dimakan.

Menurut sumber, Noah yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk ketika itu bertindak merampas, meludah dan mencederakan ibunya menggunakan sikunya.

Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian setelah dimaklumkan jiran telah membawa Noah ke balai polis dan dia ditahan selama setengah hari bagi membantu siasatan.

Pihak polis kemudian memerintahkan Noah agar tidak mendekati ibunya dalam tempoh tertentu bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang.

Sumber : Daily Mail
Olahan : Izzat Ridzwan