Nabil Ahmad Tulis Skrip, Mahu Jadi Pengarah Filem

31 Oktober 2016. 2.59 PM
30,050
Hiburan
Nabil Ahmad Tulis Skrip, Mahu Jadi Pengarah Filem
Pengacara Gegar Vaganza 3 (GV 3), Nabil Ahmad akui sedang menulis skrip untuk sebuah filem sejak awal tahun ini.

Nabil berkata skrip itu ditulis untuk filem terbaru arahannya yang dijangka akan diterbitkan dalam masa kurang lima tahun lagi.

"Saya sekarang cuba belajar sedikit demi sedikit untuk menulis skrip. Meskipun saya sibuk tetapi jika ada masa terluang saya akan cuba menulis dan sekarang baru ada dalam 10 muka surat.

"Saya bukanlah seorang yang profesional sebab itu saya mahu ambil masa yang lama untuk menyiapkannya.

"Saya turut tuntut ilmu sedikit dengan penulis skrip dan pegarah filem seperti Afdlin Shauki dan Ghaz Abu Bakar untuk guide saya apa yang patut.

"Perancangan saya dalam lima tahun akan datang saya mahu jadi producer dan mengarahkan filem saya sendiri. oleh sebab itu saya perlu mula sedikit demi sedikit dengan menulis skrip," katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi.

Mengulas mengenai skrip yang ditulisnya, Nabil memberitahu dia mendapat ilham daripada idea-idea lawak yang terlintas di kepalanya.

"Sebagai seorang pelawak, saya memang sentiasa akan mencari idea-idea baru untuk buat orang ketawa. Malah sebelum ini saya sudah menulis banyak idea itu di atas kertas.

"Jadi saya terfikir kenapa saya tidak jadikan ia dalam sebuah cerita atau filem.

"Selain itu saya juga membuat kajian daripada filem-filem barat yang mana boleh diaplikasikan dengan kehidupan dalam masyarakat kita," katanya lagi.

Nabil yang ditemani Jihan Muse di dalam GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Teks oleh: Syafiqah Jalal





Artikel Berkaitan


Komen