Pelakon Raja Afiq menceritakan pengalaman ketika bermain mercun yang hampir meletup di jarinya.

Kata Afiq, kejadian itu membuatkan dirinya menjadi fobia dan tidak berani lagi untuk bermain mercun.

“Kenangan yang paling saya tak boleh lupa adalah ketika saya darjah enam. Waktu raya memang paling seronok sebab dapat berkumpul bersama saudara mara dan melakukan aktiviti bersama.

“Biasalah, budak-budak dan mercun memang tak dapat dipisahkan. Nak dijadikan cerita nasib tak berapa baik, mercun yang saya pegang hampir meletup di jari saya.

“Sebab itu bila lihat kana-kanak main mercun saya jadi takut. Kalau boleh tolonglah jangan bagi mereka main, bahaya.

“Selepas kejadian tersebut, terus saya jadi fobia dan sampai sekarang pun saya tak akan main mercun.

“Tak berani, lagi-lagi bila dah bergelar pelakon. Nanti putus jari siapa pula yang nak ambil saya berlakon” katanya berseloroh.

Teks oleh: Mya Amri