Baru sahaja dilancarkan bermula 12.00 tengah malam tadi, kedua-dua buah single aktres dan penyanyi Nur Fazura sudah menjuarai hati peminat dengan menduduki posisi pertama dan kedua carta iTunes Malaysia.

Fazura yang terharu dengan perkhabaran tersebut mengalirkan air mata gembira dan berkongsi luahan hatinya menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya, @missfazura.

"Happy tears indeed! My latest singles, "Bisa Apa" made it to number 1 in just less than an hour of release last night and now "Bangun" just hit number 2 from number 4! Syukur Alhamdulillah. Thank you my beloved darlings for your tremendous support. I am deeply thankful and humbled. Lots and lots of LOVE. #Fazbulous #BisaApa #Bangun #Singles @umdomestic @universalmusicmalaysia @universalmusg," tulis Fazura.

Memilih untuk melancarkan dua single secara serentak, kedua-dua lagu tersebut memiliki keistimewaan dan kisah tersendiri.

Bangun dihasilkan sepenuhnya oleh karyawan Malaysia dan menampilkan irama 'catchy’ dan berbaur inspirasi.

Dihasilkan oleh Ilyahida selaku komposer, lagu Bangun begitu mudah dikaitkan dengan kehidupan Fazura yang begitu positif.

Lagu Bisa Apa pula merupakan hasil penuh karyawan terkenal Indonesia iaitu Tantra Numata dan Mhala Numata dan diproduksi sepenuhnya di Indonesia termasuk proses 'mastering' yang dihasilkan di Bandung.

Menjadi salah sebuah runut bunyi dalam drama rantaian fenomena Hero Seorang Cinderella, Bisa Apa dicipta khusus buat Fazura.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Hero Seorang Cinderella lakonan Fazura bersama Fattah Amin yang akan memasuki minggu terakhir.

Pastikan anda melekat di kaca televisyen setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri itu di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Happy tears indeed! My latest singles, "Bisa Apa" made it to number 1 in just less than an hour of release last night and now "Bangun" just hit number 2 from number 4! Syukur Alhamdulillah. Thank you my beloved darlings for your tremendous support. I am deeply thankful and humbled. Lots and lots of LOVE ????????? #Fazbulous #BisaApa #Bangun #Singles @umdomestic @universalmusicmalaysia @universalmusg

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on