Pelakon Izzue Islam sanggup balik ke negeri kelahirannya, Kelantan semata-mata kerana mahu makan Ayam Percik kuah putih.

Izzue memberitahu Nasi Kerabu yang dimakan bersama Ayam Percik kuah putih itu menjadi kegemarannya dari kecil setiap kali menjelang bulan puasa.

"Sebenarnya Nasi Kerabu Ayam Percik ini memang menjadi makanan kegemaran saya sejak kecil lagi lebih-lebih lagi bulan puasa.

"Jadi bila Sajian Hati Digi bawa saya balik ke negeri saya dan mencari makanan di bazaar Ramadan, saya tak akan lepaskan peluang mencari juadah ini.

"Jika bukan Sajian Hati Digi yang bawa pun, selalunya saya akan balik juga ke Kelantan semata-mata untuk dapatkan Ayam Percik kuah putih ini.

"Nasi Kerabu mungkin ada di Kuala Lumpur tetapi Ayam Percik kuah putih ini memang susah nak cari di sana.

"Ayam Percik di Kelantan juga rasanya lain kuah putihnya rasa lebih lemak dan sedap.

"Saya ingat lagi, sewaktu saya kecil ayah lah yang selalu bawa saya ke bazaar ramadan ini dan Nasi Kerabu Ayam Percik memang juadah yang wajib dibeli," katanya kepada Astro Gempak.

Izzue ditemui ketika Jelajah Sajian Hati Digi di bazaar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan, pada Khamis.

Lebih menarik lagi, program yang dihoskan oleh Ray Era ini disiarkan secara langsung di Facebook dan selebriti jemputan bakal mendedahkan tentang insan yang paling mereka sayang.


Jelajah Sajian Hati Digi seterusnya akan diadakan di Bazaar Ramadan Kelana Jaya, pada 19 Jun ini bersama selebriti jemputan iaitu Alif Satar.

Berita baik untuk pelanggan Digi, dapatkan aplikasi MyDigi di App Store dan Google Play Store kerana pelbagai tawaran menarik untuk anda nikmati sepanjang Ramadan ini seperti menebus juadah berbuka dan perkhidmatan Grab ke bazaar.

Bersempena Ramadan ini juga Digi Prepaid™ menawarkan biGBonus sehingga 30GB internet pantas serendah RM3 sebulan, dapatkan sekarang sepanjang bulan ini.

Anda pengguna Digi Postpaid™ 80? Jangan bimbang kerana AnytimeBonus menawarkan hanya tambah RM5 untuk 20GB internet sepanjang bulan ini.

Kepada yang masih belum menggunakan perkhidmatan Digi, cubalah sekarang untuk menikmati tawaran istimewa ini!

Teks oleh: Syafiqah Jalal