Percintaan Tom Cruise Dengan Wanita Misteri Semakin Serius

31 Oktober 2016. 3.20 PM
10,397
Hiburan
Percintaan Tom Cruise Dengan Wanita Misteri Semakin Serius
Percintaan aktor popular Hollywood, Tom Cruise dengan kekasihnya, wanita misteri berbangsa Inggeris dikatakan semakin serius.

Mirror.co.uk melaporkan Tom, 54, telah menjalinkan hubungan istemewa bersama wanita itu sejak beberapa bulan yang lalu.

Hubungan percintaan mereka itu dilihat semakin serius dan sedang menujuk ke fasa seterusnya.

"Perkenalan mereka mula terjalin ketika Tom sedang menjalani penggambaran filem di London.

"Dia sangat serius dengan hubungan tersebut dan ingin memastikan ia berjalan lancar. Dia bukan sahaja mahu seorang kekasih, malah seorang yang boleh menjadi sahabatnya," ujar sumber.

Pasangan tersebut baru-baru ini juga dilaporkan telah bercuti di sebuah perkampungan di Cotswolds, kira-kira dua jam dari kota London.

Namun sehingga kini, Tom masih belum tampil untuk memberi penjelasan tentang perkara berkenaan kepada umum.

Terdahulu, Tom berkahwin dengan Katie Holmes pada tahun November 2006 dan bercerai pada Julai 2012.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suri Cruise.

Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Mirror.co.uk




Artikel Berkaitan


Komen