Penyanyi Justin Bieber telah dibaling botol apabila enggan menyanyikan lagu Despacito kerana tidak menghafal lirik bahasa Sepanyol.

Menerusi sebuah video di You Tube, Justin telah menolak untuk menyanyikan lagu tersebut ketika melakukan persembahan di festival Sumberbust, Stockholm.

"Saya tidak dapat menyanyikan lagu itu dengan spesifik kerana saya tidak tahu kesemua lirik tersebut.

"Maaf kerana saya tidak boleh melakukannya diatas pentas ini seorang diri," jelas Justin kepada penonton.

Akibat daripada itu, peminat yang berang dengan kata-kata itu terus melemparkan botol ke arahnya dan insiden itu sempat dirakamkan menerusi sebuah video.

Ada juga peminat yang mengakui kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Justin dan berkata dia sepatutnya dapat memenuhi permintaan peminat dengan menyanyikan lagu itu.

"Lebih baik jangan menyanyi live jika tidak menghafal lirik, kamu betul-betul membuatkan kami kecewa," kata peminat.

Justin dikatakan tidak mahu mengulangi kesalahan untuk kedua kalinya kerana pernah terlupa lirik ketika menyanyikan lagu itu sebelum ini.


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi