Seorang pengguna Instagram, Luqman Khalid (@luqmankhalid) telah menyunting sepotong video parodi yang memaparkan gelagat sekumpulan Ultraman menari lagu raya.

Menerusi video itu, seekor raksasa bertindak memainkan lagu raya dan kemudiannya diiringi tarian meliuk-lentok mengikut rentak lagu Senandung Hari Raya Untuk Mu nyanyian asal Dayangku Intan.

Sekadar hiburan, kata Luqman video itu disunting demi menyemarakkan mood sambutan Aidilfitri yang bakal diraikan lagi dua minggu.



"Raya sudah dekat, jom layan Ultraman pula menari lagu raya. Suntingan sendiri. Salah silap maaf dipinta," tulisnya di Instagram.

Video itu mendapat perhatian netizen yang memuji gerakan Ultraman yang tepat pada tempo lagu.

"Tak jadi nak lawan raksasa terus menari. Lawak!" tulis Saffiyana.

Di Twitter pula, @aidelamin kongsikan rasa lucunya; "Lemah semangat aku tengok Ultraman perangai macam ini. Ingat dulu Ultraman gagah perkasa. Selamat tinggal memori kanak-kanak aku."

"Sedikit lagi nak batal puasa aku. Nasib baik tidak mencarut," tulis @alainaib.


Tidak terhenti di situ, Luqman turut memuat naik kesinambungan video terbabit dalam 'entry' terbaharunya tengah hari tadi.

Menerusi video kedua, Luqman menyunting lagu Indahnya Beraya Di Desa nyanyian Azlina Aziz mengikut gerakan tarian Ultraman.

Mahukan lebih mood untuk menyambut hari raya, jom layan video-video unik suntingan Luqman! Memang menghiburkan.

Raya dah nak dekat..Jom layan Ultraman pulak menari lagu raya. Edit sendiri??? . Korang nak tag..share..like sape2 yang anda suka ..trutama yg minat ultraman katanye? Salah silap maf dipinta. @epicfunmalaysia @lawak_hambar . .#villagepeople #kasutterbang #zonlawak #lawakkerder #lawakhambar #tamandaya #johoreans #selangor #komik #dubsmashmalaysian_ #johorean #pontian #sabakbernam #tv3 #gegarvaganza #astroria #astrowarna #astrogempak #johor #mentormilenia2017 #ultraman #klang #kualaselangor #melayu #petalingjaya #malaysiaviners #gemagegarvaganza #puasa #murid

A post shared by ??⚀⚁⚁⚂⚃⚄⚅⚅?? (@luqmanbinkhalid) on


PART2...terima kasih semua yang share..tag..kawan2 korang?? video ni saya edit sendri. . Raya dah nak dekat..Jom layan Ultraman pulak menari lagu raya. . Korang nak tag..share..like sape2 yang anda suka ..trutama yg minat ultraman katanye? Salah silap maf dipinta. @epicfunmalaysia @lawak_hambar . . .#villagepeople #kasutterbang #zonlawak #lawakkerder #lawakhambar #tamandaya #johoreans #selangor #komik #dubsmashmalaysian_ #johorean #pontian #sabakbernam #tv3 #gegarvaganza #astroria #astrowarna #astrogempak #johor #mentormilenia2017 #ultraman #klang #kualaselangor #melayu #petalingjaya #malaysiaviners #gemagegarvaganza #puasa #murid

A post shared by ??⚀⚁⚁⚂⚃⚄⚅⚅?? (@luqmanbinkhalid) on


Teks oleh: Amri Hassan