Penyampai radio Era, Hani Fadzil mengakui pernah makan lapan pinggan nasi untuk berbuka puasa.

Menurut Hani, dia terkejut kerana tidak menyangka dapat makan sebanyak itu dalam tempoh waktu yang singkat.

"Itu merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh saya apabila berbuka puasa dengan menghabiskan lapan pinggan nasi.

"Saya juga tidak menyangka itu adalah diri saya kerana sebelum ini saya cuma makan sepinggan nasi sahaja.

"Mungkin kerana waktu itu saya terlampau lapar dan penat melakukan pelbagai aktiviti ketika bulan puasa.

"Jadi ketika berbuka puasa saya makan sebanyak yang mungkin sehingga mengalami kekenyangan yang melampau," katanya yang ditemui ketika rakaman program Bas Ria Khas Ramadan baru-baru ini.

Dalam episod kali ini, Bas Ria dan KFC telah membawa Hani dan Nabila Akademi Fantasia bersama anak yatim daripada rumah wanita Al-Jannah, Ampang, Kuala Lumpur untuk berbuka puasa bersama dengan menikmati hidangan KFC.

Bercerita mengenai hari raya, Hani berkata, Raya Tradisi keluarganya akan menyediakan Nasi Briyani setiap tahun dan dia sekeluarga akan berpakaian sedondon selama lima hari berturut-turut.

"Menu wajib ada ketika hari raya pertama adalah Nasi Briyani dan kami sekeluarga akan memakai pakaian bewarna yang sama selama lima hari ketika menziarahi sanak saudara," katanya.

Bas Ria merupakan sebuah program bual bicara secara santai dalam berkongsi kisah-kisah peribadi artis yang tidak diketahui oleh orang ramai sebelum ini.

Bas Ria khas bersempena Ramadan bersiaran pada setiap hari Rabu, pukul 11.00 malam.

Selain Hani, artis lain yang akan berkongi kisah mereka menerusi Bas Ria Ramadan ialah, Ernie Zakri, Shidi Data, Nabila Akademi Fantasia, Elfira dan Aiman Hakim Ridza.

Bas Ria episod istimewa ini dibawa khas oleh KFC.

Kongsikan tradisi sambutan Raya anda dengan menggunakan hashtag #KFCWarisiTradisi di laman sosial.

Untuk menonton video Warisi Tradiri boleh klik link ini: https://www.youtube.com/watch?v=ZE1_c1hAOd