Tulis Hampir Seribu Puisi, Izreen Azminda Mahu Terbit Buku

31 Oktober 2016. 5.03 PM
18,104
Hiburan
Tulis Hampir Seribu Puisi, Izreen Azminda Mahu Terbit Buku

Tulis Hampir Seribu Puisi, Izreen Azminda Mahu Terbit Buku

Pelakon Izreen Azminda, 31, mempunyai perancangan untuk menjadi penulis buku dan ingin berkongsi minat tersebut bersama fansnya.

Menariknya, karya yang berbentuk puisi moden itu telah lama ditulis tetapi masih disimpan sebagai koleksi peribadi.

“Saya sebenarnya gemar menulis puisi, terutama puisi moden. Ayat yang saya gunakan lebih bersahaja dan tidak berbunga-bunga.

“Idea menulis puisi itu bergantung kepada emosi saya apabila berada dalam keadaan sedih, gembira atau sedang menunggu sesuatu.

“Buat masa sekarang perancangan itu masih dalam proses, masih berbincang dengan pihak penerbitan mana yang sesuai,” kata Izreen yang ditemui Astro Gempak di Majlis Pelancaran Miytak Wangi Lurve Me di Horizon Bangsar South, Kuala Lumpur.

Tambah Izreen lagi, dia mempunyai hampir seribu koleksi puisi dalam simpanannya dan perlu memilih puisi yang sesuai untuk dibukukan.

“Nak buat buku puisi ini saya perlukan masa untuk membuat pilihan serta nasihat daripada pakar dalam penerbitan buku.

“Apa-apa pun, saya akan beritahu kepada semua terutama pihak media sekiranya impian untuk terbitkan buku ini tercapai, Inshaa-Allah,” katanya.

Untuk perkembangan kerjaya seni, Izreen berada dalam fasa berehat dan ingin fokus terhadap bidang perniagaan minyak wanginya, Lurve Me.

Dia akan mula berlakon semula pada tahun hadapan dan akan memilih watak yang sesuai dengan dirinya.

 

Teks Oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir 










Artikel Berkaitan


Komen