Seriau Miss K tengok terlalu ramai orang di Majlis Tayangan Perdana drama Suri Hati Mr. Pilot di GSC Pavilion Kuala Lumpur hari ini.

Peminat drama bersiri yang tengah hot diperkatakan tu, nampaknya telah menarik beribu-ribu peminat yang mahu melihat barisan pelakon dengan lebih dekat.

Miss K puji effort tu, cuma yang peliknya tu datang beramai-ramai hari Isnin ni tak pergi kerja ke semua tu? Atau mereka ambil cuti semata-mata nak beramah mesra dengan para pelakon?

Kalau betullah mereka ambil cuti, Miss K respek sangatlah. Demi nak berjumpa pelakon kesayangan Suri Hati Mr Pilot, sanggup berkorban buang cuti untuk tatap wajah mereka.

Sebelum ini, sesi bertemu peminat ni telah pun diadakan di MPH Nu Sentral, sambutan pun luar biasa termasuklah di Singapura baru-baru ini.

Penuh dan berasak-asak dibuatnya sampai ada yang menangis. Hebatkan penangan Suri Hati Mr Pilot ini, kalah drama K-Pop.

Apa-apa pun, Miss K pun tengok juga drama rantaian ini, menarik juga jalan ceritanya. Ada sudut positif yang boleh diambil lebih-lebih lagi watak Ejas dan Warda.

Jadi kepada penonton setia drama ini, tontonlah sampai habis tau. Miss K yakin mesti banyak kejutan yang bakal menanti. Miss K nak sambung goreng keropok lekor, sedap makan di waktu-waktu hujan ni.


MISS K: Gegar Vaganza 3 makin hangat dibualkan oleh semua orang, ramai yang terkesima dengan persembahan kak lina pom pom semalam Perawan atau Janda.

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!