Seorang jemaah di salah sebuah surau di Pulau Pinang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan yang diberikan kepadanya sewaktu berbuka puasa di surau tersebut.

Menurut perkongsian di media sosial Facebook (FB) Penang Kini, kejadian berlaku sebelum masuk waktu berbuka minggu lalu semasa jemaah sedang beratur mengambil juadah berbuka puasa.

Semasa beratur dan mengambil lauk, seorang wanita telah mengambil seekor udang dan diletakkan di dalam pinggannya namun dia ingin menambah lagi dua ekor udang kerana terdapat banyak lagi udang di dalam periuk.

Semasa dia cuba untuk menambah lauk itu ke dalam pinggan, tiba-tiba seorang lelaki dipercayai AJk Surau telah menghampirinya dan berkata:

”Datang nak makan je kan, bukan nak sembahyang pun, jadi ambil satu cukuplah!”

Wanita itu kemudian berasa amat terkejut dan malu dengan kata-kata yang dilemparkan kepadanya.

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian tersebut di FB mula meluahkan pendapat masing-masing.



Ada di antara mereka yang berpendapat bahawa lelaki tersebut tidak patut menegur dengan cara sedemikian.

Sebagai umat Islam lebih-lebih lagi berada di bulan Ramadan, dia sepatutnya lebih berhemah dan menegur secara lembut tanpa mengaibkan orang lain.



Selain itu ada juga yang berpendapat wanita itu seharusnya beringat tentang jemaah lain yang ingin berbuka dan jangan bersikap tamak.

Teks oleh : Izzat Ridzwan
Sumber : FB Penang Kini, Kisah Dunia