Mustika hati Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza mengembalikan nostalgia dan memori indah gaya bintang legenda tersohor, Allahyarham Puan Sri Saloma dalam koleksi Anugerah Aidilfitri jenama fesyennya, Creacion by Siti Nurhaliza tahun ini.

Koleksi Anugerah Aidilfitri by Creacion 2017 menampilkan rekaan eksklusif bertemakan nostalgia.

Terdapat 40 rekaan daripada The Nostalgia Series dan 15 rekaan daripada The Premium Series.

Uniknya, koleksi baju raya Creacion by Siti Nurhaliza tahun ini hadir dengan cetakan eksklusif yang diinspirasikan daripada motif floral dalam rona pastel.

Koleksi The Nostalgia Series sudah berada di pasaran pada 10 Mei lalu dan dijual pada harga RM189 hingga RM300.

Manakala, The Premium Series berada di pasaran pada awal Ramadhan lalu dengan harga bermula RM500.

Bagi yang berminat untuk melihat sendiri koleksi tersebut boleh berkunjung ke butik Creacion by Siti Nurhaliza di Jakel Mall, Bangi Sentral, Shah Alam dan Johor Bahru.

Jom layan koleksi Anugerah Aidilfitri Creacion by Siti Nurhaliza yang pasti buat anda tak keruan.











Teks oleh: Amri Hassan