Bagaimanakah rasanya apabila anda membawa sahabat anda yang berbeza bangsa dan budaya untuk pulang ke kampung merasai kemeriahan Syawal?

Pastinya sambutan Hari Raya anda bakal menjadi lebih meriah dengan keletah lucu serta pertukaran pendapat anda bersama rakan!

Penyampai radio Era FM, Jaa Suzuran menjemput penyampai radio Hitz FM, Jay untuk sama-sama meraikan sambutan Syawal di kampung Jaa yang terletak di Kelantan.

Jay yang berasal dari Utah, Amerika Syarikat begitu teruja untuk merasai sendiri pengalaman pertama menyambut Hari Raya.

Menggunakan kereta Proton Persona yang selamat dan selasa, Jay memandu ke kampung halaman Jaa yang terletak di Kampung Paloh, Tanah Merah, Kelantan menggunakan sistem GPS dan sampai dengan selamat.

Setibanya di sana, Jaa mengajar Jay mengenai erti sebenar sambutan Hari Raya. Jaa mengajar Jay apakah maksud berpuasa, bergotong royong untuk menyambut Syawal, bersalaman dan bermaafan, makanan enak Syawal seperti ketupat, rendang, lemang dan banyak lagi.

Jaa juga sempat membawa Jay untuk membeli belah kelengkapan istimewa untuk menyambut suasana Aidilfitri menggunakan kereta Proton Ertiga keluarga Jaa.

Selepas itu, Jaa membawa Jay beraya menziarah saudara mara Jaa di Hari Raya menggunakan kereta Proton baru Jay.

Pengalaman pertama Jay menyambut Hari Raya dan menggunakan kereta Proton merupakan satu pengalaman yang bermakna dan pastinya sukar untuk dilupakan.