Pelakon Fouziah Gous yang kini hamil 17 minggu akui tidak sabar untuk mengetahui jantina anak keduanya.

Menerusi entrinya di laman sosial Instagram miliknya, aktres ini telah berkongsi foto imbasan kandungan beserta kapsyen lucu.

"Banyakkan bersujud di bulan puasa, bersungguh-sungguh anak mummy ni bersujud! Bila pula nak tunjuk gendernya anakku kalau sujud je dari tadi," tulisnya sambil diselangi dengan imoticon ketawa.

Foto yang dikongsi oleh Fouziah empat hari lalu beserta hashtag #zhafourjr2 dan #17weeks itu turut dikomen oleh rakan artis.

"Alhamdulillah, bestnya Pooja!" - Elizad Sharifuddin

"Alhamdulillah..." - Farah Fauzana

Dalam pada itu, pengikut IGnya juga turut mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan ibu dan anak dalam kandungan.

Dalam perkembangan terbaru, Fouziah kini aktif memajukan perniagaan sarang burung dan baru membuka sebuah gimnasium Muay Thai, Gym FDM di Bukit Jelutong.

Banyakkan bersujud di bulan puasa.. ?. Bersungguh-sungguh anak mommy ni bersujud! Bila pula nak tunjuk gender nya anak ku kalau sujud je dari tadi?!! #zhafoujr2 #17weeks

A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on


Teks oleh: Mya Amri