Aktor Remy Ishak akui pertama kali bercuti di bulan Ramadan selepas 11 tahun bergelar pelakon.

Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 35, berkata peluang bercuti itu digunakan untuk melakukan amal ibadah.

"Sebelum ini saya sibuk bekerja, bayangkan selama 11 tahun bergelar pelakon inilah pertama kali saya bercuti di bulan puasa.

"Bulan puasa ini saya tidak menjalani sebarang penggambaran dan berehat serta memperbanyakkan amal ibadah," katanya.


Remy ditemui ketika Jelajah Sajian Hati Digi di bazaar Propa Raya Stadium Melawati Shah Alam, pada Isnin.

Selain fokus dengan amal ibadah puasa, Remy memberitahu Ramadan ini dia turut berniaga beberapa produk barangannya seperti Kurta, wangian dan scrub badan.

"Berniaga juga ibadah, jadi bulan Ramadan ini saya turun padang untuk berniaga beberapa barangan serta produk saya.

"Boleh dapatkan baju raya seperti Kurta by Remy Ishak, perfume Rumi for Him &For Her serta produk terbaru saya Myth, Argan Body Scrub," katanya lagi

Jelajah Sajian Hati Digi akan memaparkan selebriti jemputan ke lapan bazaar Ramadan terpilih untuk mencari juadah terbaik untuk yang tersayang.

Lebih menarik lagi, program yang dihoskan oleh Ray Era ini bakal disiarkan secara langsung di Facebook dan selebriti jemputan bakal mendedahkan tentang insan yang paling mereka sayang.


Jelajah Sajian Hati Digi seterusnya akan diadakan di Kota Bhau Kelantan , pada 15 Jun ini bersama pelakon Izzue Islam.

Berita baik untuk pelanggan Digi, dapatkan aplikasi MyDigi di App Store dan Google Play Store kerana pelbagai tawaran menarik untuk anda nikmati sepanjang Ramadan ini seperti menebus juadah berbuka dan perkhidmatan Grab ke bazaar.

Bersempena Ramadan ini juga Digi Prepaid™ menawarkan biGBonus sehingga 30GB internet pantas serendah RM3 sebulan, dapatkan sekarang sepanjang bulan ini.

Anda pengguna Digi Postpaid™ 80? Jangan bimbang kerana AnytimeBonus menawarkan hanya tambah RM5 untuk 20GB internet sepanjang bulan ini.

Kepada yang masih belum menggunakan perkhidmatan Digi, cubalah sekarang untuk menikmati tawaran istimewa ini!

Teks oleh: Syafiqah Jalal