Pelawak dan produser Afdlin Shauki, telah selamat tiba di Beirut Lubnan kira-kira pukul 11 malam Sabtu, waktu Malaysia.

Afdlin ke Lubnan untuk melaksanakan misi kemanusiaan iaitu Misi Bantuan Pelarian Syria selama seminggu.

Selain Afdlin, rombongan berkenaan turut disertai lima orang wakil daripada Yayasan Kubra dan Yayasan Afdlin Shauki.

Dalam mereka akan menyalurkan bantuan dalam bentuk wang, makanan dan ubat-ubatan.

Terdahulu menerusi wawancara di MeleTop pada Selasa lepas, Afdlin telah berkongsi rasa sayunya sebaik sahaja mendengar tentang pelarian Syria berbuka puasa dengan rumput.

“Saya masih ingat pada tahun lalu ketika sedang berbuka puasa, seorang rakan memberitahu pelarian di Syria berbuka puasa dengan merebus rumput!

“Serentak itu, saya rasa terpukul dan perasaan ingin ke sana pada Ramadan sangat kuat dan telah membuat perancangan teliti untuk membantu menerusi Yayasan Afdlin Shauki dan Yayasan Kubra sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Ini merupakan kali pertama Afdlin melakukan misi bantuan Syria pada bulan Ramadan.
Dia mula aktif melakukan kerja-kerja amal sejak tahun 2012 selain pernah ke Jordon pada awal tahun 2015.

Dalam pada itu ruangan komen IG Afdlin turut dilimpahi ucapan daripada para pengikutnya yang mendoakan misi kemanusiaan tersebut dipermudahkan.

"zuliana279 Cayalah bang..Alhamdulillah ..semoga sentiasa di rahmati, diberkati usaha yang murni ini...kami sentiasa mendoakan yg terbaik untuk team abg..salam dr kami sekeluarga."

​"hobenz77@afdlinshaukiofficial Bittaufiq wannajah bro."

"mkcoachkatespade_usa Alhamdulillah"

"znani511Semuga semua berjalan lancar Dan dipermudahkan segala urusan."