Astro tampil dengan kelainan Syawal ini apabila membawakan sebuah saluran khas RAYA HD (saluran 122) yang boleh dinikmati secara percuma.

Saluran khas RAYA HD bakal menyajikan lebih 60 seleksi program raya terbaik termasuk program-program baru selama sebulan bermula 24 Jun hingga 24 Julai.

Antara drama-drama popular yang akan ditayangkan adalah Suri Hati Mr. Pilot Raya lakonan utama Neelofa dan Fattah Amin, Famili Tuan Ihsan, Abang Bomba I Love You Raya dan Sayang Papa Saya Tak Raya.

Sementara itu tak ketinggalan RAYA HD bakal menyajikan Telemovie Raya seperti Menantu Malam Raya, Jodoh Ayam Golek Tergolek, Cinta Bae Kicap dan ramai lagi.

Tak ketinggalan ia bakal menyajikan filem-filem terlaris tempatan antarabangsa seperti Munafik, Juvana 3, Fast & Furious dan banyak lagi.

Menariknya, RAYA HD disajikan dengan program hiburan seperti Gegar Vaganza Kirim Salam Raya, Dia Semanis Honey Muzikal, Konsert Komedi Raya, MLM Raya 2017 dan banyak lagi.

Selaras dengan tema Dari Hati melalui Kempen Kosong-Kosong juga, Astro turut menawarkan lebih 260 program istimewa raya termasuk 131 buah program baharu akan disiarkan di platform digital, televisyen dan radio sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Dato' Khairul Anwar Salleh berkata kemajuan teknologi yang pesat merangsang revolusi dunia penyiaran dan dunia dalam talian kepada Astro untuk memberikan terbaik Syawal ini.

"Pendekatan menyerluruh 30 darjah dilihat sebagai strategi paling berkesan untuk menghimpunkan variasi kandungan istimewa sepanjang perayaan ini terutamanya di ruang digital dan Over The Top (OTT) agar proram-rpgram yang ditawarkan dapat dinikmati dengan pantas pada bila-bila masa dan di mana saja mengikut keselesaan masing-masing," katanya.

RAYA HD (saluran 122) bakal bersiaran bermula Sabtu, 24 Jun pada jam 6 pagi hingga Isnin, 24 Julai secaras erentak dengan saluran Astro Ria, Astro Warna dan Astro Citra.

Teks oleh: Syafiqah Jalal