Aktor dan produser terkenal, Datuk Hans Isaac mengakui menunda majlis perkahwinannya pada 29 Julai ini kepada satu tarikh lain.

Keputusan tersebut dibuat kerana bapa kepada tunangnya, berada di luar negara pada tarikh tersebut.

“Majlis perkahwinan saya dan Gabrielle akan tetap berlangsung pada tahun ini sebab bayaran hotel dan perbelanjaan lain sudah diselesaikan,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu Hans mengakui kesilapannya kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan keluarga Gabrielle mengenai tarikh perkahwinan mereka.

Hans ditemui pada Majlis Tayangan Program Raya Astro 2017, di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Terdahulu Hans mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan bekas ratu cantik Gabriella Robinson, 28, yang berasal dari Singapura.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi