Penyanyi Shiha Zikir bersedia untuk berpindah ke Jakarta, Indonesia sekiranya dia menerima sambutan yang hebat untuk memperkembangkan bakat di sana.

Mula mempunyai kelompok penggemar sendiri semenjak menyertai program realiti D Academy Asia di stesen televisyen Indosiar dua tahun lalu, Shiha kini merancang untuk keluar dengan single bagi pasaran Indonesia.

"Saya sedang dalam proses perbincangan bersama beberapa pihak di Indonesia untuk tampil dengan single baru.

"Saya juga sudah bersedia untuk 'all out' di sana. Andai kata lagu saya nanti diterima dengan baik, saya bersedia untuk berpindah ke sana bagi memanjangkan lagi bakat saya.

"Namun begitu, saya tidak akan sama sekali melupakan perjalanan karier muzik di Malaysia," kata Shiha kepada Astro Gempak.

Selesa tampil solo tanpa sebarang naungan syarikat rakaman, Shiha mahu merasi pengalaman bergerak sendiri.

"Kontrak saya bersaya syarikat rakaman Wale The Baby sudah tamat beberapa bulan lalu. Kini saya mahu mencuba bergerak solo.

"Saya mahu mengumpul pengalaman agar dapat meninba ilmu untuk menjadi anak seni yang lebih baik," katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal