Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 32, mengakui pernah melalui pengalaman yang menguji kesabarannya apabila seorang peminat wanita menggoda suaminya, Shuib Sepahtu di hadapannya.

Bagaimanapun menurut Sarah, perkara itu dianggapa sebagai gurauan di antara peminat dengan suaminya.

"Bayangkan suami saya digoda di hadapan mata, walaupun peminat tersebut tahu saya di situ.

"Yang peliknya sudah tahu Shuib berstatus suami, masih menaruh harapan untuk mencuba dan situasi tersebut benar-benar menguji kesabaran saya.

"Shuib juga ada menunjukkan kepada saya mesej nakal yang dihantar peminat.

"Namun, saya tidak mengambil serius perkara tersebut kerana saya percaya dengan kesetiaan Shuib dan dia tahu tanggungjawabnya sebagai suami," katanya kepada Astro Gempak.

Sarah ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Indigital Music di Hotel Royal, Kuala Lumpur, pada Khamis.


Tambah Sarah, dia percaya pada jodoh yang telah ditentukan dan tidak mudah melatah dengan dugaan yang dihadapinya ini.

"Saya tak adalah sampai tahap nak pergi menyerang peminat kerana saya percaya pada jodoh dan kalau jodoh itu memang milik kita, Insya-Allah tiada apa yang akan berlaku," katanya.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi