Jika anda sukakan kehebatan program realiti Gegar Vaganza (GV) dan Gema Gegar Vaganza (GGV), anda pasti teruja untuk menyaksikan Gemacoustic!

Ini kerana, menerusi Gemacoustic, penyanyi-penyanyi daripada kedua-dua program realiti popular tersebut telah digabungkan.

Menariknya, Gemacoustic membawakan bintang-bintang hebat daripada kedua-dua program menyanyikan lagu berunsur ketuhanan dan selawat diiringi muzik akustik.

Bayangkan vokal padu finalis GV Azharina dan Intan Sarafina digandingkan bersama Hijjaz, Saujana serta Hafiz Hamidun yang menyanyi secara langsung buat pertama kali.

Pastinya ia sesuatu yang berbeza dan segar untuk anda tonton, apatah lagi kesemua mereka mempunyai vokal yang bagus dan hebat semulajadi!

Lagu-lagu ketuhanan dan selawat yang telah dipersembahkan oleh penyanyi-penyanyi popular ini pula ialah ’Penantian’, ’Sumayyah’, ’Jodoh Berdua’, ’Srikandi Cintaku’, ’Sholawat Badar’, dan ’Law Kaana Bainana’

Bertemakan slogan ”Dakwah Kini Lebih Hit”, Gemacoustic amat sesuai untuk pendengar berjiwa muda dan urban.

Gemacoustic ini juga boleh ditonton di platform digital iaitu http://www.astrogempak.com.my/Gema-Gegar-Vaganza

Selain itu, Gemacoustic telah dibawakan khas oleh jenama minuman popular, Kopi Pak Belalang.

Kopi Pak Belalang yang kini tampil dengan pelbagai jenis pilihan minuman bakal membuatkan anda bertenaga dan cergas sepanjang hari.

Antara pilihan Kopi Pak Belalang yang bakal menepati citarasa anda adalah Kopi Pak Belalang Cappucino. Kopi ini diperkaya dengan tujuh bahan utama seperti serbuk bukan tenusu, minyak sayuran hidrogenasi, serbuk koko, dan madu.

Penggemar kopi juga harus mencuba Kopi Pak Belalang Mocha kerana mengandungi bahan berkhasiat seperti serbuk susu penuh krim, maltodextrin, ekstrak malt, dan madu yang kaya dengan khasiat selain membantu dari segi perubatan.

Buat mereka yang inginkan kelainan, Kopi Pak Belalang Latte adalah pilihan tepat kerana rasanya yang lebih berkrim dan sedap. Turut mengandungi bahan berkhasiat seperti krimer bukan tenusu, minyak sayuran hidrogenasi, dan madu, kopi berperisa Latte ini amat sesuai buat mereka yang tidak terlalu gemarkan rasa kopi yang pahit dan pekat.


Teks oleh : Izzat Ridzwan