Tajuk lagu Eminem iaitu 'Stan' telah dijadikan perkataan baharu di dalam Kamus Oxford.

Perkataan Stan mula popular selepas Eminem menyanyikan lagu tersebut pada tahun 2000 dan dilancarkan pada tahun 2000 dan telah digunakan secara meluas oleh orang ramai.

Perkataan tersebut membawa maksud, seseorang yang terlalu obses terhadap idola mereka.

Menurut laporan BBC, pihak pengurusan kamus Oxford menganggap perkataan itu sesuai menjadi satu perkataan baru untuk digunakan.

Ternyata, populariti perkataan 'Stan' tidak pudar meskipun Eminem semakin menyepi daripada persada muzik.

Lagu tersebut merupakan kolaborasi Eminem bersama penyanyi Dido dan muzik video tersebut mengisahkan tentang seorang peminat fanatik yang membunuh diri kerana diabaikan Eminem.

Sumber Oleh : BBC