Saluran Boo Saji Filem Seram Terhebat Asia

1 November 2016. 1.53 PM
24,626
Hiburan
Saluran Boo Saji Filem Seram Terhebat Asia

Berita baik buat pengemar filem seram, Astro melancarkan saluran baru iaitu Boo, saluran 404 yang hanya memfokuskan filem-filem seram terbaik dan mengerikan.

Ketua Pegawai Operasi Astro Henry Tan berkata kandungan filem seram Asia Tenggara paling banyak disiarkan kerana ia boleh memberikan impak yang lebih menakutkan kerana ia dekat dengan hati penonton.

“Bagi saya, filem seram dari negara Asean memang cukup menyeramkan dan ramai penonton tempatan mengemarinya.

“Negara yang paling kerap menghasilkan filem seram adalah Indonesia dan Thailand. Pengarah di sana sangat kreatif terbitkan filem genre ini.

“Tidak ketinggalan Malaysia juga, banyak filem-filem seram yang diminati ramai sehingga cecah kutipan box office seperti Khurafat dan Munafik.

“Jadi, saluran Boo ini ia amat tepat dengan selera penonton yang dahagakan filem seram hanya disatu saluran sahaja 24 jam sehari,” kata Henry ketika majlis sidang media di Majlis Pelancaran Saluran Boo di ruang legar APW Jalan Riong, Kuala Lumpur.

Tambah Henry lagi, Boo juga menyiarkan filem seram genre komedi yang agak santai dan menghiburkan.

“Kami juga tidak melupakan kepada pengemar filem seram yang komedi, apa yang kami sasarkan ialah saluran Boo ini boleh ditonton oleh semua lapisan umur, masyarakat dan kaum.

“Jadi, saya yakin saluran ini bakal memberi impak yang memberangsangkan kerana masyarakat kita memang terdedah dengan kisah-kisah mistik sejak kanak-kanak lagi,” ujarnya.

Untuk melanggan saluran Boo pelanggan hanya dikenakan langganan bulanan serendah RM6.35 dan boleh dilanggan pada 31 Oktober lalu.

Para pelanggan Astro yang melanggan pakej Boo, anda akan berpeluang menikmati akses tontonan komplimentari sehingga 21 November 2016. Pelanggan boleh membatalkan langganan sebelum tarikh tersebut tanpa sebarang caj.

Tayangan filem baru akan disiarkan setiap Jumaat dan antara filem-filem yang menanti ialah Ghost Sense (Thailand), Misterius (Indonesia), Grace (Thailand) dan The Tag-Along (Taiwan).

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai saluran Boo, anda boleh layari di laman web www.astro.com.my/boo atau menerusi saluran 200.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir


Artikel Berkaitan


Komen