Sebuah video yang menyaksikan seorang gadis memiliki wajah mirip penyanyi popular Hollywood, Taylor Swift tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, gadis yang bernama Olivia Sturgiss, 21, telah berjumpa orang ramai dan berlagak seperti penyanyi tersebut.

Dia dan dua lagi rakannya dengan sengaja merakam video tersebut kerana ingin melihat reaksi orang ramai apabila terjumpa Taylor Swift.

Lebih mengejutkan, orang ramai sememangnya percaya bahawa gadis tersebut ialah Taylor Swif dan kelihatan begitu teruja apabila bertemu penyanyi tersebut.

Setelah video penyamarannya mendapat perhatian ramai, Olivia kini memiliki lebih daripada 40 ribu pengikut di media sosial, Instagram.

Bukan setakat memiliki wajah yang hampir serupa, kedua ibu Taylor Swift dan Olivia telah disahkan menghidap kanser pada tahun 2008 dan dalam minggu yang sama.

Namun, ibu Olivia telah meninggal dunia pada Oktober 2016 dan sebelum meninggal, dia telah menunaikan janjinya untuk membawa Olivia berjumpa dengan penyanyi popular itu.

Berikut kami kongsikan video penyamaran Olivia yang tular di media sosial:



Sumber : Daily Mail, Hotfm
Olahan : Izzat Ridzwan