Penyanyi Ezlynn mengakui punca keretakan rumah tangganya bersama suami, Adam Fahmy disebabkan tidak sefahaman.

Kata Ezlynn, hubungan mereka mulai dingin sejak beberapa tahun lalu namun menegaskan masih tinggal sebumbung.

"Saya sifatkan kami sudah tidak sefahaman, tiada sebab lain untuk saya mengambil keputusan meminta cerai.

"Perkara ini bukan baru, sebab ia berlarutan selama beberapa tahun cuma saya mendiamkan daripada pengetahuan keluarga dan orang lain.

"Daripada media sosial kami pun rasanya semua sudah boleh agak namun tiada siapa yang bertanya.

"Malah, prosiding mahkamah juga sudah bermula sejak awal tahun ini sehinggalah diketahui umum ketika prosiding kedua beberapa minggu lalu," katanya yang ditemui ketika majlis sidang media program Syawal TV3 & TV9 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ezlyn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, telah memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada awal Januari lalu.

Pasangan itu kini sedang menjalani proses kaunseling dengan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Ezlyn dinasihatkan untuk tidak mengulas lanjut mengenai prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.

Bagaimanapun, jelas Ezlynn mereka masih tinggal sebumbung walaupun jarang bercakap antara satu sama lain.

"Kami masih suami isteri, jadi semestinya masih tinggal bersama," katanya yang bakal merakamkan sebuah lagu bersama Tam Spider selepas Aidilfitri.

Ezlyn dan Adam telan mendirikan rumah tangga pada 21 November 2011 namun belum dikurniakan cahaya mata.



Teks oleh: Amri Hassan