Pelakon Lily James mendedahkan pernah dipaksa untuk mencium tiga lelaki ketika menghadiri satu ujibakat lakonan sebelum menjadi pelakon terkenal.

Dalam satu temubual bersama majalah DuJour Lily menceritakan pengalaman kotor yang dialaminya itu.

"Ia sebuah siri TV Shakespeare.

"Saya harus mencium lelaki dan kami baru saja bertemu. Saya harus melakukan itu dengan tiga lelaki berbeza dalam satu hari," katanya.

Malangnya, meskipun telah berusaha melakukannya, Lily pada akhirnya tidak berjaya pada ujibakat tersebut.

Menyesal dengan apa yang telah dilakukan, Lily, mengatakan tidak akan sesekali melakukan perkara tersebut itu untuk kali kedua.

"Saya berasa kotor dan berjalan keluar dengan rasa tertipu," katanya lagi.

Lily yang popular menerusi filem Cinderella iti bakal membintangi dua filem baru berjudul Baby Driver dan Darkest Hour.

Sumber: Daily Mail