Tak Mahu Bersikap Tamak, Rain Sanggup Tolak Tawaran Berlakon X- Men

7 Jun 2017. 10.24 PM
4,829
Hiburan
Tak Mahu Bersikap Tamak, Rain Sanggup Tolak Tawaran Berlakon X- Men
Pelakon dan penyanyi terkenal Korea, Rain menolak tawaran berlakon untuk filem Hollywood, X-Men.
 
Perkara itu didedahkan oleh penerbit filem Uhm Bok Dong, Lee Beom Soo dalam satu temubual baru-baru ini.
 
Menurut Beom Soo, dia tidak menyangkan Rain sanggup menolak tawaran keemasan itu kerana mahu mengotakan janjinya untuk menghabiskan baki penggambaran filem Uhm Bok Dong.
 
"Rain sebenarnya ditawarkan untuk berlakon X-Men dan penggambaran dijangka bermula pada Julai depan.
 
"Namum disebabkan penggambaran Uhm Bom Dong hanya selesai pada Ogos depan dan komitmennya terhadap filem ini, dia telah menolak tawaran tersebut.
 
"Saya sangat terharu dan menghormati Rain kerana sikapnya yang tidak tamak.
 
"Saya tidak sangka dia sanggup menolak tawaran ke Hollywood semata-mata untuk tunaikan janji dan menghabiskan penggambaran filem ini," katanya.
 
Sumber: Koreaboo
 

Artikel Berkaitan


Komen