Aktor terkenal Hollywood, George Clooney, 56, dan isteri, Amal Alamuddin,39, menimang bayi kembar lelaki dan perempuan pada pagi Selasa.

Menurut laporan E! Online, George dan Amal telah menamakan bayi lelaki mereka sebagai Alexander Clooney dan perempuan diberi nama Ella.

"Pagi ini Amal dan George telah selamat menyambut kehadiran Ella dan Alexander Clooney dalam kehidupan mereka.

"Bayi kembar yang dilahirkan itu berada dalam keadaan yang sihat dan baik," kata Stan Rosenfield mewakili pasangan tersebut.

Tambah sumber, sehingga kini pasangan itu masih belum bersedia untuk berkongsi gambar bayi kembar mereka di media sosial.

George dan Amal, 39, melangsungkan perkahwinan di Venice, Italy, pada 2014.

George mengurangkan aktiviti lakonannya sejak Amal disahkan hamil pada Februari lalu dan menetap di kediaman mereka di pedalaman London.

Sumber: E! Online