Filem: Alien: Covenant

Pelakon: Michael Fassbender, Katherine Waterston, Billy Crudup, Danny McBride dan Amy Seimetz.

Pengarah: Ridley Scott

Genre: Sains Fiksyen/Seram

Durasi: 123 minit

Penerbit: 20th Century Fox

Pengarah Ridley Scott sekali lagi mempertaruhkan filem francais Alien dengan sequel terbaru bertajuk Alien : Covenant iaitu sebuah sequal kepada filem Prometheus dan merupakan prequel kepada Alien, Aliens, Alien 3 dan Alien : Ressuraction.

Selepas kegagalan filem Prometheus, Ridley Scott sekali lagi cuba untuk membawa kita ke era tahun 1979 dengan memberi nafas baru untuk francais Alien pada kali ini.

Filem ini mempunyai kesan khas yang baik serta beberapa sentuhan klasik 1979, dan pengarah berjaya untuk mengimbangi antara penceritaan moden dan klasik tanpa merosakkan keaslian francais tersebut.



Bagi penulis, filem ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan ramai yang akan dapat menghayati cerita ini sampai habis.

Filem ini juga tidaklah seram seperti yang diwar-warkan kerana penceritaan yang hendak disampaikan oleh pengarah mudah untuk dijangka oleh penonton.

Berbezanya dengan filem francais Alien sebelum ini, Alien: Covenant banyak merungkai persoalan yang menjadi tanda tanya terutamanya dari mana asal usul Alien “Xenomorph” dan macam mana mereka boleh wujud.



Sejujurnya, penulis boleh mengatakan plot filem Alien: Covenant berjalan dengan baik. Walaupun pelbagai keraguan ditimbulkan di awal dan pertengahan cerita namun satu demi satu persoalan berjaya dijawab dengan baik dan tidak berlebihan.

Namun, mengikut pemahaman penulis, filem ini lebih menjurus pada pencerahan mengenai asal usul kewujudan manusia dan makhluk asing tetapi tidak bermakna ia merupakan sesuatu yang membosankan.



Sinopsis:

Filem ini berkisarkan mengenai kisah sebuah kapal angkasa yang membawa sekumpulan manusia yang terdiri dari sekumpulan pengkaji dan ribuan penumpang yang ditidurkan untuk memulakan kehidupan baru di planet yang bernama Origae-6.

Sedang dalam perjalan menuju ke Origae-6, kapal angkasa yang bernama Covenant dikendali oleh robot pintar, Walter (robot yang serupa seperti David), telah dilanggar oleh gelombang di angkasa dan mengakibatkan beberapa kerosakan telah berlaku dan perjalanan ke Origae-6 terhenti. Lantas dari itu, Walter berkeputusan untuk mengejutkan kumpulan pengkaji yang ditidurkan untuk menyelamatkan Covenant.

Selepas para pengkaji telah dikejutkan, Christopher Oram selaku kapten, mengetuai ekspidisi dan mengarahkan ahli kumpulan mereka membaiki Covenant secepat yang mungkin bagi meneruskan perjalanan. Selesai sudah kapal angkasa tersebut dibaiki, salah seorang daripada kru mereka telah menerima mesej dari seseorang yang berada di planet berdekatan.