Seorang wanita akhirnya menyesal dengan perbuatannya yang menjual nasi bungkus kepada umat Islam yang tidak berpuasa di bulan Ramadan.

Menurut Normi, 50, dia telah melakukan kegiatan ini bertahun-tahun lalu dan kini dikatakan mangalami kesukaran hidup.

”Mungkin ini basalan terhadap saya di dunia. Bukan setakat ditimpa pelbagai penyakit, saya juga telah ditinggalkan suami,” katanya kepada Sinar Harian

Normi juga menceritakan dia memperoleh keuntungan lumayan sepanjang bulan Ramadan.

”Bulan puasa memang bulan yang ditunggu-tunggu. Saya hanya perlu duduk rumah dan pelanggan akan datang pukul 1 tengah hari.

”Harga sebungkus nasi saya jual antara RM3 hingga RM5 beserta air.

”Selama bertahun-tahun saya melakukan kerja ini dan ketika itu saya cuma fikirkan keuntungan, bukan dosa.

”Kebanyakan mereka yang datang membeli nasi adalah pekerja ladang dan buruh binaan yang melakukan kerja berat.

”Selain menjual nasi bungukus di rumah, saya juga berniaga di bazar Ramadan untuk kaburkan pandangan jiran.

”Kalau ikutkan, jual nasi bungkus di rumah sahaja saya dah dapat tujuh hingga lapan ribu sebulan,” jelasnya yang jatuh sakit sejak tujuh tahun lalu.

Normi turut berkongsi pada suatu hari, dia terjatuh ketika sedang masak dan selepas mendapatkan rawatan, dia disahkan menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Sejak itu, perniagaannya terhenti dan suaminya juga telah meninggalkannya dan berkahwin dengan wanita lain.

Normi juga berpendapat bahawa segala ujian yang menimpa dirinya ini adalah balasan di atas dosanya memberi makan kepada umat islam yang tidak berpuasa serta mahu mereka di luar sana menjadikan perkara ini sebagai iktibar.

Olahan : Izzat Ridzwan
Sumber : Sinar Harian