Selepas menjalani pembedahan membuang batu hempedu baru-baru ini, Awal Ashaari telah berpesan kepada pengikut Instagram (IG)nya supaya melakukan pemeriksaan kesihatan, terutama penggemar makanan pedas dan berminyak.

Menerusi entri yang dimuatnaik Awal semalam, dia berkongsi perkara yang berlaku sebelum disahkan mempunyai batu dalam hempedu dan terpaksa menjalani pembedahan.

“(Batu ini telah dikeluarkan dari dalam hempedu saya oleh doctor George, PCMC) Thanks Doc! Jadi sesiapa yang sakit tulang belakang, tulang rusuk dan bahagian abdomen selepas makan makanan pedas atau berminyak, tolong pergi periksa.

“Selalunya, bila kena serangan saya akan berpeluh satu badan, sakit yang amat sangat sampai berguling-guling. Mula-mula sikit, lama-lama akan mudarat dan dikejarkan ke hospital, #gallstones #gallbladder #gallbladderless,”
tulisnya yang juga turut memuatnaik foto batu hempedunya.

Awal baru saja selesai menjalani pembedahan membuang batu dalam hempedu di Pusat Perubatan Prince Court, pada Isnin.

Meet, the culprit. (Sorry for this post) · (Batu ini telah dikeluarkan dari dalam hempedu saya oleh doctor George, PCMC) Thanks Doc! So sesiapa yg sakit spine, rib cage and abdomen after makan pedas or makanan berminyak, pls get yourself checked! Selalu nya bila kena attack, saya akan berpeluh satu badan, sakit yg amat sgt sampai berguling2.. mula2 sikit lama lama akan mudarat and kena rush pergi hospital.. #gallstones #gallbladder #gallbladderless

A post shared by Awal Ashaari (@awalashaari) on

Teks oleh: Mya Amri