Penyanyi dan pelakon, Elyana akui setiap kali menjelang Ramadan dia akan membantu neneknya menjual biskut semperit.

Elyana berkata seronok menjual biskut raya walaupun tempahan yang diambil sangat terhad.

"Setiap tahun saya akan menjual biskut Semperit yang dibuat sendiri oleh nenek saya.

"Disebabkan itu tempahan yang kami ambil sangat terhad.

"Biasanya kami sudah ada pelanggan tetap tetapi sejak beberapa tahun lalu, peminat sudah mula membuat tempahan.

"Seronoklah bila dapat jual biskut raya setiap tahun," katanya kepada Astro Gempak.

Mengulas mengenai aktiviti lain sepanjang Ramadan, Elyana berkata dia berehat daripada aktiviti seni dan hanya memenuhi jemputan berbuka puasa.

"Setiap kali Ramadan saya akan berehat daripada aktiviti seni.

"Kalau ada pun saya akan pergi memenuhi jemputan berbuka puasa bersama orang kurang bernasib baik dan sebagainya.

"Selebihnya saya akan perbanyakkan amal ibadah," katanya lagi.

Teks oleh: Syafiqah Jalal