Pelakon Salina Saibi panik apabila bapanya tiba-tiba rebah selepas pitam ketika berada di dalam tandas sebuah pusat membeli belah di Selangor.

Salina Saibi menerusi laman Instagram (IG) memberitahu bapanya segera di kejarkan ke hospital dengan menaiki ambulan.

Pelakon Gerak Khas itu yang memuat naik foto bapanya terlantar di hospital, berharap agar bapanya cepat sembuh.

Bismillaahirrahmaaniirrahiim Alhamdulillahi rabbil a'lamiin Wassolatuwassalamuala asrofil anbia iwalmursalin Wa'ala alihi wasohbihi ajmain.. Ya Allah.. Jika hari ini ada di antara kami.. yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya ya Allah... Berikanlah kesembuhan untuknya.. Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.. Inshallah... Alamiin.. Syafakallah papaku @norsaibi ..Td papa pitam nak jatuh pengsan dlm toilet #saccconventioncentre..Ambulance dtg amik..Hope xde ape yg memudaratkan..Tunggu result darah scan xray semua..Dlm pemantauan doc..Doakan papa sy sembuh sihat mcm dahulu kala.. ? #sad #mylovelydad #syafakallah

A post shared by Salina Saibi (@salinasaibi82) on


Entri terbaru Salina selepas itu memberitahu ramai sahabat handai dan keluarga melawat bapanya di hospital.

Tq semua yg dtg melawat..Ramai betol.. Semua syg papa..nak bg semangat kt papa.. Allhamdulillah bkn zon kritikal lg..Syafakallah Papa..

A post shared by Salina Saibi (@salinasaibi82) on


Rata-rata peminat mendoakan bapanya segera sembuh seperti sedia kala.

Teks oleh: Syafiqah Jalal