Seorang gadis yang berasal dari Durban, Afrika Selatan menarik perhatian ramai apabila dia kini bergelar seorang model.

Nantobeko Mbuyazi, 20, dahulunya sering mendapat kritikan negatif daripada orang ramai kerana dia kelihatan menyeramkan.

Disebabkan seluruh kulitnya yang berwarna putih dan pucat, terdapat sesetengah pengguna media sosial menggelarnya sebagai ’hantu’ dan sering menjadi mangsa buli siber.

Walaupun begitu, Nantobeko telah ditawarkan untuk menjadi penghias bagi muka depan majalah.

Sejak itu, Nantobeko mula berasa yakin dengan penampilannya dan sering memuat naik gambarnya di media sosial.

Menurut Nantobeko, dia menganggap dirinya sama seperti manusia lain.

”Pada pendapat saya, disebabkan kulit yang pucat inilah mereka berminat untuk memilih saya sebagai model.

”Ianya tidak menjadi halangan dan membuatkan saya ini berbeza daripada orang lain,” katanya yang ingin semua penghidap albino dilayan baik seperti orang lain.

Selain itu, Nantobeko juga berpendapat bahawa dengan muncul sebagai model dan penghias majalah, dia berharap agar penghidap albino lain mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berani untuk berhadapan dengan orang ramai.

Sumber : Daily Mail.
Olahan : Izzat Ridzwan