Aktres Hollywood terkenal, Angelina Jolie, dikatakan menghadapi kesukaran untuk membesarkan enam orang anaknya kerana mengalami masalah kewangan.

Menerusi laporan E! News, Jolie kini dikatakan menghadapi banyak masalah selepas mengambil keputusan bercerai dengan suaminya, Brad Pitt.

"Angelina mengalami masalah kewangan selepas dia mengeluarkan banyak wang untuk membiayai proses perceraiannya.

"Dia juga sangat boros berbelanja dan tidak mempunyai banyak simpanan daripada pendapatannya sebagai seorang pengarah," kata sumber.

Tambah sumber, Angelina juga melahirkan rasa kesalnya apabila telah menolak tawaran untuk berlakon dalam filem Murder On The Orient Express.

Angelina Jolie dan Brad Pitt bercerai pada September 2016.

Enam anak mereka dalam jagaan Angelina ialah Maddox, Zahara, Pax, Shiloh, Vivienne dan Knox.

Sumber: E! News

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi