Pelakon Siti Saleha mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan sepanjang bulan Ramadan ini kerana ingin memberi fokus kepada persiapan perkahwinannya.

Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Baharom, 27, berkata, dia harus memastikan persiapan yang dilakukan berjalan lancar kerana majlis tersebut akan diadakan tidak lama lagi.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak melakukan sebarang penggambaran sepanjang bulan puasa ini kerana ingin berehat dan fokus kepada persiapan perkahwinan.

"Persediaan yang dilakukan sekarang ini semuanya berjalan dengan lancar cuma ada beberapa perkara sahaja lagi yang harus saya lakukan.

"Banyak masa saya sekarang ini dihabiskan untuk memastikan persiapan yang dilakukan berjalan seperti yang dirancang kerana saya mahu pastikan majlis tersebut kelihatan sempurna.

"Ternyata perasaan itu semakin gementar kerana majlis itu akan dilangsungkan tidak lama lagi iaitu pada 28 Julai ini," katanya kepada Astro Gempak.

Saleha ditemui ketika Jelajah Sajian Hati Digi di bazaar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Jelajah Sajian Hati Digi akan memaparkan selebriti jemputan ke lapan bazaar Ramadan terpilih untuk mencari juadah terbaik untuk yang tersayang.

Lebih menarik lagi, program yang dihoskan oleh Ray Era ini bakal disiarkan secara langsung di Facebook dan selebriti jemputan bakal mendedahkan tentang insan yang paling mereka sayang.

Jelajah Sajian Hati Digi seterusnya akan diadakan di bazaar Ramadan Gaya Street, Kota Kinabalu pada 8 Jun ini bersama pasangan selebriti Akim dan Stacy.



Berita baik untuk pelanggan Digi, dapatkan aplikasi MyDigi di App Store dan Google Play Store kerana pelbagai tawaran menarik untuk anda nikmati sepanjang Ramadan ini seperti menebus juadah berbuka dan perkhidmatan Grab ke bazaar.

Bersempena Ramadan ini juga Digi Prepaid™ menawarkan biGBonus sehingga 30GB internet pantas serendah RM3 sebulan, dapatkan sekarang sepanjang bulan ini.

Anda pengguna Digi Postpaid™ 80? Jangan bimbang kerana AnytimeBonus menawarkan hanya tambah RM5 untuk 20GB internet sepanjang bulan ini.

Kepada yang masih belum menggunakan perkhidmatan Digi, cubalah sekarang untuk menikmati tawaran istimewa ini!

Teks oleh: Rozaimi Zubaidi