Seorang lelaki di Singapura terpaksa menghubungi polis untuk menghalau seekor kucing berwarna hitam yang agresif di dalam rumahnya.

Kucing hitam itu dikatakan secara tiba-tiba muncul di dalam rumah lelaki tersebut sedangkan tingkap dan pintu semuanya tertutup rapat.

Kejadian yang berlaku minggu lalu telah dikongsi pengguna laman sosial Facebook (FB) bernama Harris Abu Bakar dan telah mendapat perhatian ramai.



Ketika kejadian, dia cuba menghalau kucing tersebut tetapi gagal kerana ia terlalu garang dan agresif serta cuba untuk mencakarnya.

Dia yang tidak mahu mencederakan atau membunuh haiwan itu telah menghubungi pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bagi mendapatkan bantuan.

“Saya tidak tahu ilmu hitam apa yang membolehkan kucing hitam ini masuk ke rumah sebab semua pintu dan tingkap ditutup dan dikunci.

“Selama dua jam saya cuba menghalau kucing ini keluar tetapi ia sangat agresif, berbunyi dengan kuat dan cuba mencakar saya,” katanya kepada New Straits Times.



Pihak berkuasa yang kemudian tiba di rumahnya berjaya menghalau kucing itu yang terus menghilangkan diri.

Sehingga kini, Harris masih lagi buntu dan tidak tahu bagaimana haiwan tersebut boleh berada di dalam rumahnya.

Kredit : FB Harris Abu Bakar
Olahan : Izzat Ridzwan