Sepanjang bulan Ramadan, pasti ada di antara anda yang mengalami masalah atau kesukaran untuk bangun sahur.

Namun, pasti akan ada hari yang anda terbangun lewat dan hanya tinggal beberapa minit lagi untuk bersahur.

Jangan risau, kerana berikut kami kongsikan hidangan yang boleh anda makan atau minum di saat akhir sebelum masuk waktu Imsak:

1. Buah-Buahan

Buah adalah makanan yang paling mudah untuk dinikmati dan mengenyangkan. Antara buah yang sesuai untuk dimakan ketika sahur adalah pisang. Bukan setakat mengenyangkan, pisang juga dapat memberi tenaga untuk anda bertahan sepanjang hari selain mengandungi magnesium, kalsium, dan karbohidrat.

2. Oat atau Bijirin

Tahukah anda, sahur dan sarapan dengan oat atau bijirin ini sememangnya menjadi trend masa kini. Ianya dikatakan amat mengenyangkan selain sebagai sumber tenaga yang baik. Selain itu, cara penyediaan yang mudah dan cepat juga antara sebab mengapa hidangan ini disukai ramai.

3. Jus atau Yogurt

Bagi anda yang ingin mengalas perut, jus buah-buahan atau yogurt adalah pilihan terbaik. Minuman jus segera atau minuman yogurt ini boleh dibeli di pasaraya dan disimpan sebagai bekalan sahur. Minuman ini juga lebih baik berbanding kafein yang akan membuatkan anda kerap ke tandas selain menyingkirkan garam mineral yang diperlukan dalam badan.

4. Bubur

Bubur yang diambil daripada surau atau masjid adalah lebih baik disimpan buat waktu sahur. Bukan sahaja mengenyangkan, malah anda hanya perlu memanaskannya di dalam ’microwave’ dan sedia untuk dinikmati.