Pelakon Anzalna Nasir akui seronok melayan karenah anak saudaranya, Anggun Darleena dan Anggun Darleesa.

Anggun Darleena dan Anggun Darleesa merupakan anak kembar kepada kakaknya, Diana Nasir.

Anzalna berkata dia tidak kisah sekiranya masa lapangnya dihabiskan dengan menjaga dua bayi comel itu.

“Memang tidak mudah untuk menjaga dua bayi sekaligus, bila melihat keadaan kakak saya pun dah tahu susahnya macam mana.

“Kalau ditanya mengenai pengalaman menjaga mereka berdua, saya akui sedikit penat tapi saya tak kisah pun sebab gembira dapat luangkan masa dengan ‘baby’. Tak menang tangan dibuatnya.

“Saya seronok lihat gelagat mereka lagi-lagi tengah semangat nak membesar. Tak jumpa sehari pun boleh rindu,” katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu, Diana Nasir juga telah mewujudkan akaun Instagram untuk anak kembarnya dengan menggunakan id @the_angguns yang kini mempunyai lebih 48,000 pengikut.

Teks oleh: Mya Amri