Pelakon Song Ji Hyo mengakui masih mencari calon lelaki yang sesuai untuk dikahwini.

Menurut laporan WowKeren.com, bintang "Running Man" itu berkata bukan mudah untuk dia menjumpai calon lelaki yang sesuai dijadikan suami.

"Saya mungkin akan hidup sampai 35 tahun lagi jadi bukan mudah untuk menemukan seseorang lelaki yang akan berkongsi susah dan senang bersama.

"Jika telah berjumpa dengan lelaki yang sesuai mungkin saya akan berkahwin dengan segera.

"Namun jika masih tidak berjumpa lelaki yang sesuai mungkin saya akan meneruskan hidup seperti biasa dengan tenang tanpa perlu bersedih," katanya.

Ji Hyo berkata demikian ketika di temubual bersama majalah ELLE apabila ditanya mengenai perancangannya untuk berkahwin.

Walaupun sering ditanya mengenai perkahwinan namun Ji Hyo dilihat berjaya menjawab dengan tenang meskipun dirinya kini berusia 35 tahun.


Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: WowKeren.com