Jika Syawal tahun lalu, pelakon dan pengacara Rozita Che Wan melaram dengan 98 pasang baju raya, tahun ini jumlahnya bertambah kepada 104 pasang.

Bagaimanapun untuk mengelakkan dirinya menjadi kecaman netizen, Che Ta tampil menjelaskan mengapa baju rayanya pada tahun ini mencecah jumlah yang tidak masuk akal.

“Dilantik sebagai duta jenama pakaian Mina selama setahun, saya diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya. Janganlah kecam saya kerana ia diberi percuma.

“Tahun lalu saya dikecam gara gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarga,” jelasnya kepada BH Plus. Tambah Che Ta Aaisyah turut menerima 30 pasang baju daripada jenama yang sama.

Selain itu, wanita yang turut memegang gelaran usahawan berjaya ini juga turut menempah 10 pasang baju raya dengan pereka Rizman Ruzaini sebagai tambahan dan pastinya ia adalah sedondon untuk digayakan pada 1 Syawal nanti.