Pelakon dan penyanyi Janna Nick mengakui tidak mahu terburu-buru menerima tawaran untuk berlakon filem.

Menurut Janna, dia terpaksa menolak beberapa tawaran untuk berlakon filem disebabkan jadual kerjanya yang padat.

"Saya ada mendapat menerima tawaran berlakon filem tetapi malangnya undangan tersebut datang tidak tepat pada waktu dan selalu bertindih dengan jadual kerja saya sebelum ini.

"Jadi saya tidak dapat melakukanya dan terpaksa menolak tawaran yang diberikan dengan baik.

"Saya tak mahu kalau saya terima, tetapi akhirnya menyusahkan orang lain.

"Sekiranya ada waktu yang sesuai dan masa untuk buat homework serta latihan, saya boleh saja terima tawaran itu.

"Tapi buat masa ini, saya rasa belum layak lagi untuk berlakon filem," katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Janna, sebagai seorang pelakon dia mahu mengamalkan prinsip first come first served kerana tidak mahu mengecewakan pihak yang telah memberikan tawaran terlebih dahulu kepadanya.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi