Pelawak Shuib Sepahtu memuat naik foto isterinya Siti Sarah Raisuddin manis bertudung di laman Instagram (IG) semalam.

Shuib yang teruja dengan imej isterinya itu telah memuat naik kapsyen semoga suatu hari Siti Sarah akan kekal berhijab.

"Insyaallah suatu hari..... Love u ibu...Semoga Allah sentiasa menurunkan Rahmat bahagia ke atas kita.... Amin..Selamat berbuka semua..."



Foto tersebut telah mencuri perhatian peminat serta pengikut IG Shuib yang rata-rata memuji kecantikan Siti Sarah apabila bertudung.

Malah ramai yang mendoakan agar imej berhijab itu kekal.