Tiga hari lalu, cubaan pelawak Achey Bocey untuk ponteng puasa gagal kerana 'niat jahat' tersebut berjaya dihidu isterinya, Nor Hasanah.

Gelagat Achey yang dimuatnaik di Instagram pelawak tersebut pada Jumaat lalu mencuit hati peminatnya.

Video tersebut mengisahkan tentang cubaan Achey untuk ponteng puasa tetapi gagal kerana isterinya ada di setiap ceruk rumah, mengawasi gerak-gerinya termasuk di bawah katil.

Rata-rata peminat yang menyaksikan rakaman itu berpendapat Achey dan isterinya nampak comel bersama.

Tambahan lagi apabila Nor Hasanah 'rajin' melayan kerenah suaminya itu.

Malah ada yang berpendapat isteri Achey juga berpotensi menjadi pelawak.

Video ’Aaa Tak Puasa Eaa’ itu telah mendapat lebih daripada 190 ribu tontonan sekaligus menjadikan video yang paling banyak ditonton di IG @acheykintangkintung.

Berikut kami kongsikan video ’Aaa Tak Puasa Eaa’ tersebut:

Aaaaa tak puasaaa eaaaa.... #aaatakpuasaeaaa #anneachey #terbalikraya #salamramadhan #acheysperfume #kintangkintung

A post shared by achey bocey/ #BlackDotChey (@acheykintangkintung) on


Kredit : IG @acheykintangkintung
Teks oleh : Izzat Ridzwan