Semalam, kecoh apabila sebuah video yang menyaksikan penyanyi dangdut popular, Ifa Raziah pengsan di set penggambaran.

Ifa yang dalam sesi penggambaran bagi muzik video Dangdut Lebaran bersama penyanyi dangdut lain dikatakan rebah secara tiba-tiba akibat terlampau letih bekerja.

Menerusi video tersebut, kelihatan penyanyi dangdut veteren, Shida yang cemas dengan sitasi tersebut telah cuba untuk membantu menyedarkan Ifa.

Krew penggambaran lain yang berada di lokasi kemudian telah mendapatkan bantuan kecemasan dengan menghubungi ambulans.

Peminat Ifa yang bimbang tentang keadaan penyanyi itu telah mendoakan agar Ifa cepat sembuh selain mereka turut menasihatinya untuk banyak berehat.

Ketika kejadian yang berlaku di Ampang, antara selebriti lain yang turut berada di set penggambaran adalah Ani Mayuni, Haiza, dan Salwa.

Pada awal 2017, Ifa pernah mendapat rawatan di hospital selama beberapa hari akibat masalah kesihatan yang teruk.

Berikut kami kongsikan video Ifa Raziah yang tiba-tiba rebah di set penggambaran:

Kerja back to back non stop akhirnya ifa tak tahan tumbang di lokasi Pembikinan Video Klip lagu #dangdutlebaran @bintangdangdutmalaysia bersama Bintang2 Dangdut Malaysia..Doakan ifa cepat sembuh ??? Sponser by @makdara_jmd @abibjmd ..#ifaraziah #ifaraziahdivas #artisversatilpopular #terusterang #sukerrbanggee #pukpukpuk

A post shared by ? IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on


Teks oleh : Izzat Ridzwan