GV 3: Penonton Pilih Janda Berbanding Perawan

1 November 2016. 3.14 PM
232,669
Hiburan
GV 3: Penonton Pilih Janda Berbanding Perawan

Konsert ketiga GegarVaganza 3 (GV 3) berlangsung dengan meriah pada Ahad lalu.

Sebanyak 11 orang bintang menonjolkan kebolehan masing-masing dengan menyanyikan lagu tugasan untuk minggu yang bertemakan Ada Bran.

Bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), GV 3 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Azharina yang membawakan lagu asal nyanyian Bob Marley, No Woman No Cry muncul sebagai peserta yang mendapat kutipan markah tertinggi dari tiga juri profesional, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim selaku juri tetap serta Datuk DJ Dave selaku juri undangan.

Sementara itu, Rem yang menyampaikan lagu Penawar Rindu menjadi bintang kedua yang terhenti gegarannya di pentas GV 3.

Astro Gempak menyenaraikan 10 perkara menarik yang terjadi di konsert ketiga GV 3:

1. Datuk DJ Dave membuka pentas GV 3 dengan menyanyikan lagu malar segar yang berjudul Ingin Bersua. Penonton turut menyanyi dan menari bersama Datuk DJ Dave!

2. Pelajar-pelajar AF 2016 seperti Amir, Amal, Reshma, Zarol, Ikram dan Rahila turut hadir memeriahkan GV 3.

3. Keadaan trafik sedikit sesak dek kerana kebanjiran peminat GV 3 dan peminat sukan bola sepak yang mahu menuju ke Shah Alam. Ramai penyokong Kedah dan Selangor turun ke Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.

4. Haa, akhirnya ada pun mikrofon sendiri! Gimik mikrofon ropol-ropol milik Datuk Vida mencuit hati peminat.

5. Konsert GV 3 digamatkan dengan kemunculan seorang penonton yang gigih menari setiap kali lagu rancak dipersembahkan oleh peserta GV 3. Siap bawa riben lagi tau!

6. Nabil dan Jihan sempat mengusik bekas peserta Kilauan Emas, Mak Ros. Mereka berseloroh mengatakan Mak Ros suka mengikut ke mana sahaja Datuk Ramli MS pergi dari zaman Kilauan Emas lagi.

7. Walaupun sporting, kadangkala sikap peminat yang menonton dari bahagian atas Auditorium MBSA sedikit mengecewakan. Ada segelintir peminat yang gagal mengawal emosi sehingga sering terpekik dan menjerit semasa juri memberikan komen. Rasanya boleh bagi peluang juri habiskan komen dulu kot!

8. Gaya rambut peserta lelaki kelihatan kurang sesuai kerana diletakkan glitter ke dalam rambut mereka.

9. Ada diantara penonton mencuri masa menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia ketika iklan sedang berlangsung.

10. Penonton yang hadir ke Auditorium MBSA nampaknya memilih janda berbanding perawan. Semasa Elly Mazlein mempersembahkan lagu Perawan atau Janda, kebanyakan penonton menjawab ‘persoalan’ Elly. Setiap kali Elly menyanyikan rangkap ‘abang pilih yang mana, perawan atau janda?’, penonton begitu sporting menjawab JANDA dengan lantangnya.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu keempat GV 3 bakal membawa tema DuetVaganza dan 10 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Teks oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan


Komen