Pelawak popular Jep Sepahtu telah memuatnaik sekeping foto isterinya, pelakon Sariyanti berhijab.

Foto tersebut bagaimanapun telah menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat tentang isterinya itu yang dikatakan sudah 'berhijrah' dan berimej baru.

Lebih-lebih lagi apabila Jep, 32, menulis kapsyen yang sangat mendalam maknanya pada entri tersebut.

”Alhamdulillah..Dengan izin & gerakNya..Semoga terus istiqamah.. Syukur Ya Allah. I love u @sariyanti. *Terima kasih kerana memudahkan urusan saya kelak*.”

Alhamdulillah.. Dengan izin & gerakNya.. Semoga terus istiqamah.. Syukur Ya Allah. I love u @sariyanti ❤?. *Terima kasih kerana memudahkan urusan saya kelak*

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on



Lebih manis lagi apabila Sariyanti turut membalas luahan hati daripada suaminya itu dengan menulis "i love you too sayang" pada ruangan komen.

Perkongsian Jep itu telah menarik perhatian netizen yang gembira dengan imej baru Sariyanti.





Selain itu, peminat juga turut mendoakan agar hubungan rumah tangga Jep dan Sari Yanti kekal bahagia.

Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari lalu dan ianya merupakan perkahwinan kedua Sari Yanti setelah berpisah dengan bekas suaminya pada Disember 2014.

Kredit : IG @jepsepahtu @sariyanti