Kira-kira jam 10 malam semalam, penyanyi dan pelakon Dato' Fazley Yaakob telah memuat naik sebuah video tiga orang anak-anaknya berpelukan dan menangis teresak-esak.

Perkongsian Fazley telah mendapat perhatian netizen yang geli hati melihat gelagat comel anak-anak kepada pemilik restoran SukaSucre Bistro itu.

Comel sungguh apabila ketiga-tiga beradik itu menangis hanya kerana terdengar abang mereka yang sulung Ahmad Fariedz Shah atau Payish akan menjalani "pembedahan".

Abang sedang sakit gigi dan dalam ketakutan bila diajak pergi ke dentist. Adik-adiknya terdengar perkataan "surgery" lalu semua nangis bersama takut "kehilangan" abangnya. "I don't want you to die". Nak pergi cabut gigi ni. Hehe. Kalau tak tahu cerita sebenar ni, agak-agak kenapa mereka menangis macam ni? @payishpiyashpiyush

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on



Lebih menggelikan hati apabila Fazley memuatnaik sebuah lagi video anak bongsunya, Piyush, berdoa sambil menangis kerana Payish akan mencabut gigi.

Adik bongsu #Piyush tengah berusaha bacakan doa untuk abg dia nak cabut gigi ?sambil menangis @payishpiyashpiyush

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on



Sementara itu pada ruangan komen, pengikut Fazley memuji hubungan akrab Payish, 9, Piyash, 7, dan Piyush, 6.

Ada juga di antara mereka yang terharu dengan gelagat ketiga-tiga beradik tersebut selain memuji cara Fazley memupuk kasih sayang kepada anak-anaknya.





Kredit : IG @fazleyyaakob