Kumpulan K-Pop terkenal Sistar berkongsi beberapa foto belakang tabir muzik video terakhir mereka, Lonely khas buat tatapan peminat.

Foto-foto istimewa yang didedahkan oleh Naver Star Cast itu menunjukkan keakraban persahabatan antara empat anggotanya iaitu Hyorin, Bora, Soyu dan Dasom.

Menerusi foto tersebut, jelas kelihatan gelagat keempat-empat kelihatan begitu gembira bergurau senda antara satu sama lain.

Memilih Macau, Hong Kong sebagai lokasi, ternyata muzik video itu bakal meninggalkan kenangan terindah buat peminatnya.

Dalam pada itu, foto-foto tersebut menerima pelbagai reaksi daripada peminat Sistar.

Rata-ratanya meluahkan rasa sedih dengan pembubaran Sistar namun dalam masa yang sama mereka tetap menyokong karjaya solo anggota kumpulan berkenaan.

Terdahulu, pembubaran kumpulan itu disahkan oleh syarikat pengurusan mereka, Starship Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi baru-baru ini.

Sistar merupakan antara salah satu kumpulan K-Pop popular yang memulakan kerjaya nyanyian mereka pada Julai 2010.

Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto belakang tabir Sistar yang diambil menerusi Naver Star Cast:
















Teks oleh: Mya Amri